Sunday, January 18, 2009

Ahli PAS terus mengejek macam Kera Jantan.

KOTA BHARU 18 Jan. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin parti dalam pakatan pembangkang tidak mengeluarkan kenyataan yang angkuh berikutan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, ini kerana tindakan mengeluarkan kenyataan negatif terhadap parti lawan bukan sahaja membawa gambaran yang tidak baik kepada parti malah menjejaskan persepsi masyarakat terhadap Pas.

"Jangan buat kenyataan yang boleh melukakan hati pihak lawan kerana tujuan kita buat kerja memperjuangkan parti adalah kerana dakwah.

"Kalau dia (pihak lawan) terluka, kita nak paut (pikat semula) dia tidak boleh. Jadi kita kena ingat, kerja kita adalah untuk akhirat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam. Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kemenangan tersebut membuktikan dasar parti itu yang mahu merapatkan golongan Cina di negara ini dengan gerakan Islam semakin berjaya.

Katanya, ia sekali gus menyangkal dakwaan bahawa golongan Cina terutama daripada DAP sebagai ekstrem tetapi sebaliknya bersedia menerima pendekatan Islam yang diperjuangkan Pas.

"Saya juga menganggap kemenangan ini adalah kejayaan merapatkan kaum Cina terutama sekali daripada DAP dengan Islam," katanya.

Sementara itu Karpal Singh mengingatkan PAS bahawa kemenangan ini tidak akan mengubah pendiriannya sebelum ini berhubung beberapa isu yang melibatkan prinsip perjuangan PAS. Tiada kompromi .

3 comments:

  1. setahu aku kera jantan (KJ) dlm parti haprak kau. aku tak pasti adakah kau ni manusia ke kayu....

    ReplyDelete
  2. tubuh badan manusia...tapi akai xder..duk kt kepala lutut..xleh pikr yg mana baik dan buruk.. tapi aku x heran pun sebab ko orang johor..totok biru..

    ReplyDelete
  3. kesian pak haji hassan. barakah haji mabrur yang dia perolehi di mekah dulu tak sampai pada anaknya. betul lah kata para ilmuan, iman itu tak dapat diwarisi. hanya yang mencari akan mendapatnya ..

    ReplyDelete