Sunday, March 29, 2009

Warkah Untuk Munawir, Mawi-Ekin dan Sejenisnya

Warkah Untuk Munawir, Mawi-Ekin dan Sejenisnya
Dilulus terbit pada Saturday, March 28 @ 06:41:14 MYT oleh TokPenghulu

Oleh akueden

"Warkah ini saya tujukan kepada si Munawir dan penyokong setia beliau Mawi-Ekin serta sekularis2 yg. seangkatan yg. tak minat dan tak ada cita2 langsung untuk memperjuangkan dan memertabatkan Islam.

Tetapi yang peliknya mereka mengaku orang Islam. Dari penulisan mereka, mereka tiada cita2 langsung utk. tolong mendirikan negara Islam. Yang diperjuangkan adalah skop yg. sempit, iaitu, Melayu, Raja2 Melayu dan Umnomore. Mereka ini juga penyokong perasuah2 dan kezaliman (ISA). Ini sajakah dunia mereka dan seangkatan dgn. mereka? Tak tahu atau sedarkah mereka bahawa dunia ini jembatan ke akhirat. Dunia ini juga telah diibaratkan sebagai pentas dan kita hamba2 Allah s.w.t adalah pelakon2nya. Kita akan diadili seadil-adilnya di atas lakonan kita itu di hari kemudian kelak di hadapan Rabbul Jalil. Tak adakah sekelumit sokongan atau simpati langsung terhadap pejuang2 atau tokoh2 Islam. Sebaliknya Munawir menunjukkan sikap suka menghentam, menghina dan tiada belas kasihan atau simpati sedikit pun terhadap pejuang2 Islam dan prinsip2 perjuangan mereka. Baru2 ini beliau telah membuat komen yg. sangat tidak patut atau komen gila terhadap seorang ustaz PAS (sila lihat 27/03/09 artikel "Khairi Menanti Nasruddin").

Saya tak tahu apa jenis Muslim kamu ni? Adakah kamu ni orang Islam separuh2 atau orang Islam 50% atau kurang daripada itu? Kamu ingat kamu akan hidup selama-lamanya atau kamu tahu bila kamu akan mati, supaya sempat bertaubat. Kalau amalan dan pendirian kamu macam sekarang, saya rasa payah atau liat untuk kamu berubah, kerana dah jadi darah daging, amalan dan zikir kamu. Hati kamu sudah jadi keras sekeras-kerasnya dan mungkin juga hati kamu sudah mati. "Old traditions/habits die hard."

Ingat tak kata2 Brutus setelah beliau membunuh Caesar “Not that I love Caesar less, but that I love Rome more” dan kata2 ini saya nukilkan semula untuk pencinta2 Islam dan untuk para pembaca sekelian dan diharap orang2 Umnomore berpendirian “Not that I love Melayu less, but that I love Islam more.” Wallahu A'lam."


Re: Warkah Untuk Munawir, Mawi-Ekin dan Sejenisnya (Score: 1)
by abubalik on Saturday, March 28 @ 09:40:23 MYT
(User Info | Send a Message)
dia orang tak jumpa ke Hadis tentang akibat dari sikap 'Asobiyyah' atau mereka ada terbaca tp buat2 tk faham kerana habuan dunia menggelapkan mata hati unutk melihat kebenaran..kita minta munawir or sewaktu dgnnya komen ttg hadis ttg 'asobiyyah'..kami sedang menunggu !


[ Reply to This ]


Re: Warkah Untuk Munawir, Mawi-Ekin dan Sejenisnya (Score: 1)
by Assagof65 on Saturday, March 28 @ 10:17:14 MYT
(User Info | Send a Message)
Salam Buat Mawi dan Isteri tersayang,
Saya ni bukan ulama ustaz pun bukan,minta maaflah saya nak komen sikit pasal kamu yg banyak sangat bersanding dgn hebat sekali tak takut dosakah,isteri org Islam mesti dijaga bukannya di pamer dan jd modeling walaupun utk promosi tudung tudung yg dipromo tu langsung tak diiktiraf Islam,pakailah tudung yg boleh tutup aurat...jika itu Ekin boleh buat alangkah bagusnya,ajak gadis2 Islam Melayu pakai baru dapat PAHALA besar...Kau Mawi mesti faham kita ni Islam bukan Kafir gunakanlah peluang yg ada bantu dakwahkan muda mudi Islam pulang ke pangkal jalan...kau tak rasa bersalahkah selama ini?Saya tak kata saya ALIM,SUFI tp saya takut jika muda mudi kita terus hanyut dlm dunia ari ini ...lebih2 lagi hiburan dan fesyen...sekian dan maaf jika terkasar bahasa....Kau pernahkah masuk Tranung Kite? Harap sesiapa yg jumpa Mawi tolong kasi tau aaa


[ Reply to This ]


Re: Warkah Untuk Munawir, Mawi-Ekin dan Sejenisnya (Score: 1)
by ady626 on Saturday, March 28 @ 14:51:46 MYT
(User Info | Send a Message)
mawi ekin tak semestinya mawi yg sebenarnya.....ada pihak tertentu yg sekadar mengguna namanya jd jgn cpt terpedaya


[ Reply to This ]


Re: Warkah Untuk Munawir, Mawi-Ekin dan Sejenisnya (Score: 1)
by unanjaga on Saturday, March 28 @ 21:38:31 MYT
(User Info | Send a Message)
Mereka ada hak pegangan pada politk mereka,biarlah mereka dengan cara mereka.Kita perlu yakin dengan ebenar benar yakin apa jua perbuatan mereka(ditulis) akan ada catitan yang cukup sempurna pada catitan buku amal mereka.Satu saat yang pasti mereka akan melihat kembali pada apa yang telah mereka katakan selama ini.Ketika itu baru mereka sadar bertapa berat nya hari perhitungan itu.Sememang nya ada setengah manusia itu akan mempertaruhkan maruah diri itu pada telunjuk tangan orang lain,mereka berbuat begitu atas sebab kepentingan peribadi.Perjuangan mereka bukan berlandaskan pertunjuk Allah.


[ Reply to This ]


Re: Warkah Untuk Munawir, Mawi-Ekin dan Sejenisnya (Score: 1)
by Munawir-Islam on Sunday, March 29 @ 09:09:58 MYT
(User Info | Send a Message)
Munawir orang Islam, sama seperti Mawi dan yang sejenis dengannya. Mewujudkan artikel Mawi-Ekin dan mengutuk habis-habisan cara Mawi-Ekin berkahwin dalam TKO adalah satu kerja yang biadap terhadap pasangan yang beragama islam ini. Mawi-Ekin adalah idola golongan muda negara ini dan tidak patut TKO mengutuk pasangan ini. Kalaupun ada yang tidak setuju dengan cara Mawi, Mengutuk beliau dengan mewujudkan artikel yang bertajuk Mawi-EKin dalam TKO adalah salah dan bukanya cara gerakan Islam berdakwah. Walaupun nama Islam itu, Islam Hadhari atau Islam Awang Liku, ia tidak patut diharamkan! Ia patut disatukan menjadi Islam yang sempurna. Hanya tarbiyah yang berterusan dapat menjamin kesempurnaan ini, bukannya tarbiyah yang hanya rancak menjelang setiap pilihan raya kecil. Islam di malaysia tidak akan menjadi sempurna walaupun sudah lebih 50 tahun PAS beroperasi..


[ Reply to This ]


Re: Warkah Untuk Munawir, Mawi-Ekin dan Sejenisnya (Score: 1)
by akueden on Sunday, March 29 @ 21:31:30 MYT
(User Info | Send a Message)
Munawir, yg. kamu kutuk Ustaz Nasruddin dari PAS tempoh hari, apa hal? Kau kenal ke dia? Kau baca ke biodata dia, dia tidak berpendidikan, berkelulusan dan berpendirian sekular macam kamu.

Mawi-Ekin yg. menyokong kamu tu bukan Mawi-Ekin yang sebenar. Dia adalah penyamar yg. terkutuk, tak ada originaliti langsung, hanya nak menumpang sekaki populariti pasangan tsb. Mawi yg.original tu tak minat kat politik dan tak ada masa untuk melayari web macam ini, tambah2 baru kahwin. Mawi yg. sebenarnya juga adalah peminat TGNA jika anda tak tahu. Ini pernah tersiar dalam TV dulu.

Monday, March 23, 2009

Laman web TKO takut pada Munawir.

Hari ini Pak Munawir disekat lagi, setelah sekatan IP tidak berjaya. Bermacam-macam nama yang telah digunakan. Yang terakhir adalah Munawir-Cantik. Bukan akaun sahaja yang digantung, tetapi dengan komen-komen sekali mereka padam. Mereka gantung dan sekat semua akaun yang nampak macam Pak Munawir. Pakai NizarPermata pun kena gantung!!Begitulah phobianya mereka pada Munawir! Mereka hanya mahu Munawir mendendangkan lagu kesukaan mereka saja. Pada hal Laman web TKO penuh dengan pelbagai fitnah dan maki hamun terhadap pemimpin Negara dan juga Sultan kita.

Hari ini KDN mengambil langkah bijak mengantung Harakah dan Suara Keadilan. Sepatutnya digantung pada 16-September tahun lepas lagi. Segala berita mereka adalah palsu dan penuh dengan fitnah dan sumpah seranah. Adalah wajar kerajaan mengambil tindakan tegas juga pada Laman web TKO yang sudah saya pantau sejak sekian lama. Suatu lapuran lengkap berkenaan aktiviti TKO akan disediakan dan akan dibawa ke tengah!!

Tuesday, March 17, 2009

Bapak Borek Anak Rintik


KUALA LUMPUR 17 Mac - Pengerusi DAP, Karpal Singh, 69, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebut kata-kata hasutan membabitkan Sultan Perak pada satu sidang akhbar di pejabatnya, awal bulan lalu.

Karpal atau nama penuhnya, Karpal Singh a/l Ram Singh didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari lalu di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co., No.67, Jalan Pudu Lama, Dang Wangi, di sini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah menyebut kata-kata menghasut (transkrip ucapan dilampirkan sebagai LAMPIRAN A kepada pertuduhan itu dan kata-kata menghasut digariskan) pada sidang akhbar tersebut.

Lampiran setebal 10 muka surat itu merupakan transkrip video kenyataan akhbar peguam veteran itu di pejabatnya pada tarikh berkenaan.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat. Mahkamah sesak dengan kehadiran pihak media dan penyokongnya.

Sebelum pertuduhan dibacakan, Karpal yang berkerusi roda akibat kemalangan jalan raya awal 2005 memohon dikecualikan daripada masuk ke kandang tertuduh.

Permohonan itu dibenarkan Mohamad Sekeri setelah tiada bantahan daripada pihak pendakwaan.

Sebelum pengakuan diambil, Karpal telah meminta jurubahasa membacakan kandungan Lampiran A tersebut tetapi belum sampai separuh, Mohamad Sekeri mencadangkan agar kata-kata yang telah digariskan sahaja dibacakan bagi menjimatkan masa.

Karpal bagaimanapun membantah dengan menyatakan seharusnya keseluruhan lampiran itu dibacakan dan permintaan itu dipenuhi oleh pihak mahkamah.

Sebaik sahaja Karpal membuat pengakuan tidak bersalah, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md. Said memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi mengikut peruntukan Seksyen 418A(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau juga menawarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin terhadap pemimpin politik pembangkang itu.

Karpal yang mewakili dirinya sendiri bersama 12 lagi barisan peguam bela tidak membuat sebarang bantahan.

Mohamad Sekeri kemudian membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin terhadap Karpal.

Menurut hakim itu, tarikh sebutan akan ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi nanti. (Kes itu tidak dapat dipindahkan hari ini berikutan hakim-hakim Mahkamah Tinggi menghadiri Persidangan Hakim-Hakim Malaysia di Langkawi sehingga esok)

Selain Karpal, dia diwakili oleh empat orang anaknya iaitu Jagdeep Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo dan RamKarpal Singh.

Yang lain ialah peguam Sankaran Nair, S.N. Rayer, Malik Imtiaz Sarwar, M. Kulasegaran, Ramesh Sivakumar, K.A.Ramu, Lim Lip Eng dan M. Manogaran.

Pada prosiding selama hampir sejam itu, pihak pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria.

Karpal Singh dibebaskan kira-kira pukul 12 tengah hari sele-pas rakan keluarganya, Ng Shin Cheong membayar wang jaminan tersebut.

Turut hadir di mahkamah ialah isterinya, Gurmeet Kaur; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; dan beberapa pemimpin pakatan pembangkang yang lain.

Friday, March 13, 2009

Laman web TKO juga hina Sultan Perak.

Chan Hon Keong, 26, dituduh bersama isterinya, Khoo Hui Shuang, 27, menghina Sultan Perak melalui laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak, www.sultanperak.gov.my. di Permatang Pauh, Butterworth, kira-kira pukul 12.05 pagi, 13 Februari lalu.

RUTININ Suhaimin, 35, dituduh melakukan kesalahan sama menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komen di alamat http://booksdreambook.com/duli/duli.html yang pada pukul 6.33 petang pada 13 Februari lalu di Kundasang, Sabah.

Nor Hisham Osman, 36, didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya di http://books.dreambook.com.web per/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my. Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan, Selangor.

Muslim Ahmad, 54, didakwa atas tiga tuduhan menulis komen menghina Sultan Perak menggunakan perkhidmatan Internet menghina Sultan Perak di Setapak, Kuala Lumpur pukul 2.21 dan 2.27 petang, 7 Februari lalu.

PEMBANTU makmal Azrin Md. Zain, 33, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah menulis komen yang menghina Sultan Perak.

Thursday, March 12, 2009

Dakwa mereka yang menghina Sultan Perak.


KUALA LUMPUR 12 Mac – Unit Jenayah Perdagangan Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara buat pertama kalinya akan mengheret penulis blog yang memberi komen-komen menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke Mahkamah Sesyen di empat buah negeri, esok.

Sumber yang menghubungi Utusan Malaysia pada pukul 4 petang ini memberitahu, dua penulis blog yang terdiri daripada orang awam itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini dan seorang lagi di Petaling Jaya, Selangor.

Pendakwaan ke atas beberapa individu lain yang menghina Sultan Perak juga akan dibuat di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah dan Butterworth, Pulau Pinang.

Sementara di Kuala Terengganu, pendakwaan akan dijalankan pada Ahad ini.

Difahamkan mereka yang terlibat akan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

PETALING JAYA 13 Mac - Seorang juru ukur tanah berusia 36 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan berkaitan menghantar komen bersifat jelik dalam komen melalui internet untuk menghina Sultan Perak.

Nor Hisham Osman didakwa telah menggunakan aplikasi iaitu internet melalui alamat Internet Protokol 118.101.116.160 secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelek sifatnya iaitu: ``..........,........``di http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat DYMM Sultan Perak iaitu www.sultan. perak.gov.my dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di No. 16-01-06, Blok 16 Pangsapuri Sri Indah, Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan dekat sini.

Mahkamah membenarkan Nor Hisham yang diwakili peguam Edmund Bon dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April ini. - Utusan

Seksyen 233 akta tersebut menyatakan, pengendali laman web dan blog yang menyebar kandungan bersifat jelek, mengancam dan mengugut boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekiranya sabit kesalahan.

Sungguhpun begitu, andai kata mereka yang terbabit tidak hadir ke mahkamah seperti yang diarahkan maka pihak pendakwaan bercadang memohon supaya mahkamah mengeluarkan waran tangkap.

Mereka ditangkap ekoran pemantauan yang dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas laman blog yang banyak menyiarkan komen-komen menghina Sultan Azlan Shah.

KOTA KINABALU 13 Mac – Seorang pemilik kedai telefon bimbit didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi komen-komen dalam blog yang menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Dalam pendakwaan kira-kira pukul 9 pagi itu, tertuduh, Rutinin Suhaimin, 35, yang berasal dari Kundasang, Ranau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Hakim, Ummu Kalthom Abdul Samad memutuskan tarikh 25 dan 26 Mei ini perbicaraan kes tersebut.

Tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan deposit sebanyak RM5,000 bersama dua penjamin dari Ranau dan Kota Kinabalu. - Utusan

Thursday, March 5, 2009

Jangan Biadap Terhadap Raja Melayu.

PETALING JAYA 6 Mac – Sultan Selangor sedih dan kesal dengan kebiadapan pihak tertentu yang mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu serta orang Melayu di negara ini.

* Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan orang Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan raja-raja dan bangsanya sendiri sebagai biadap.

* Golongan ini juga disifatkan baginda sebagai tidak berbudi bahasa dan tidak ada perasaan malu kerana mempertikaikan perkara berkaitan kedudukan raja-raja dan hak orang Melayu secara terbuka.

* Kemajuan dan pembangunan yang dicapai boleh hancur jika orang Melayu terus bercakaran, disebabkan terlalu ghairah merebut kuasa.

* Tidak ada gunanya bangsa Melayu kekal di dunia tetapi tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.

* Orang Melayu perlu bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka dan Islam.

Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) akan meminta Persidangan Majlis Raja-Raja supaya menuntut semula imuniti raja agar pihak tertentu tidak mempersenda Raja-Raja Melayu yang merupakan tonggak dan payung kepada kekuatan orang Melayu.

Yang Dipertuanya Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata desakan itu akan dibuat selepas satu perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur melibatkan 250 NGO bagi menyatakan taat setia kepada raja-raja Melayu tidak lama lagi.

“Kalau imuniti raja-raja dikembalikan, isu persenda Raja-Raja Melayu tak mungkin timbul,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan peserta Mencari Harta Karun anjuran PKDK di sini hari ini Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melepaskan 45 kereta yang menyertai acara itu dari Alor Setar ke Haadyai. Pada acara itu, Tengku Zainol Rashid mengetuai lebih 100 peserta untuk melafazkan ikrar taat setia kepada Raja-Raja Melayu.

Tengku Zainol Rashid juga memberi amaran kepada ahli politik yang cuba membangkitkan isu kedaulatan raja-raja dalam agenda mereka.

“Sekiranya mereka buat lagi, kita akan cari jalan untuk mereka hentikannya,” katanya. — Bernama