Sunday, February 8, 2009

BN Yakin Tawan Bukit Gantang

[DIKEMAS KINI, 1.40 TENGAH HARI] PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pagi ini ketika sedang menunggang basikal.

Allahyarham Roslan merupakan Ahli Parlimen kedua yang meninggal dunia selepas bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail dari Barisan Nasional (BN) pada November lalu kerana sakit jantung.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika dihubungi mengesahkan Roslan meninggal dunia pagi ini.

"Saya dimaklumkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak yang Ahli Parlimen PAS kerusi Bukit Gantang telah meninggal dunia pagi ini, saya difahamkan sakit jantung," kata beliau kepada mStar Online sebentar tadi.

"Kami terkejut dan tindakan susulan akan diputuskan pada mesyuarat selepas upacara pengebumian," kata beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu mStar Online kira-kira pukul 1.20 tengah hari bahawa jenazah kini berada di Hospital Batu Gajah.

Maklumat yang diperoleh daripada blognya (http://parlimen059.blogspot.com) menunjukkan Allahyarham berusia 50 tahun dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Pentadbiran di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.

Malah beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia dan UiTM (dulu ITM) Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Safiah Harun dan mempunyai 11 orang anak.

Dalam pada itu, seorang rakannya menulis dalam blognya bahawa Allahyarham dikatakan meninggal dunia di stesen minyak Petronas di pekan Batu Gajah semasa berseorangan sedang menunggu keretanya dibasuh.

"Malam tadi, semasa perhimpunan rakyat di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Allahyarham kelihatan seperti biasa, bergurau berjenaka bersama rakan-rakan yang lain.

"Saya juga duduk bersebelahan beliau sepanjang majlis malam tadi," kata Azizul Nizam dalam blognya.

"Beliau yang juga pengamal pengubatan Syifaq amat disenangi oleh kawan dan lawan," katanya lagi.

Kata beliau, jenazah Allahyarham mungkin akan dibawa ke rumahnya di Kampung Changkat Larang, Pengkalan Pegoh.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan bulan lalu.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.

Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi (Umno) menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

Beliau meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 11 orang anak.

2 comments:

  1. bila-bila pun Bn cakap yakin..

    kat permatang pauh , kuala t'ganu... ulang balik skrip la ..

    kali ni betul-betul nazak la, sebab kena dgn pemilihan umno... tgk berapa banyak pulak umno nak tabur ...

    buat org perak, minta aja jkr turap tar dari jalan besar sampai ke tepi limbah belakang rumah tu ..

    time ni la nak mainkan umno... kalau selama ni umno dok mainkan org kg, kali ni pastikan buli umno cukup-cukup...

    ReplyDelete
  2. umno yakin ke munawir yg yakin nih. kalau x cakap gitu nak cakap camana lagi eh. pergi bungkus la umno @ munawir. masyarakat dah sedar, mana intan dan yg mana batu kat tepi jalan.

    ReplyDelete