Wednesday, January 21, 2009

Malanchai oh Malanchoi!!!

Assalamualaikum,,..

Nampaknya seorang pencacai yang memperkenalkan dirinya dengan nick Malanchai semakin meracau di TKO semenjak UMNO tewas di PRK P 36.

Malanchai semakin aktif meletakkan komennya pada hampir setiap artikal tanpa menyedari bahawa artikal artikal ini ditujukan kepada penyokong PR/PAS sahaja.Kehadiran Malanchai nampaknya seperti hidung tak macung pipi tersorong sorong dengan komen komen melalutnya.Kesian Malanchai, barangkali kedudukannya sudah tergugat dengan kekalahan UMNO ini.



Barangkali Malanchai bakal kehilangan sumber pendapatan apabila UMNO dilenyapkan dari bumi Malaysia.Sebab itu dia berusaha bersungguh sungguh untuk mendapatkan simpati pembaca TKO yang majoritinya penyokong PR.Tetapi malang bagi Malanchai usahanya seperti anjing menyalak bukit sahaja.



Malanchai mewakili para pencacai UMNO yang kelihatan cukup tergugat dengan kekalahan UMNO di P 36.Dan dengan usaha berterusan PR dalam memberi kesedaran kepada rakyat mungkin Malanchai dan orang orang seangkatannya akan kehilangan segalanya.

Apa lagi kerja yang bolih dibuat mereka selain mencacai? Sudah diingat banyak kali agar berubah tetapi golongan pencacai ini adalah golongan yang amat liat dan degil.Olih itu sekiranya satu hari nanti, PR mengambil alih pemerintahan negara daripada UMNO,tinggallah para pencacai seperti Malanchai ini terkial kial meraih simpati kerana sudah tidak mampu mencari makan sendiri.

Kalau ini berlaku, nasib ler wahai Malanchai dan geng.Jangan kata tak ada orang memberi peringatan." -ning baizura TKO.

Malanchai ini sebanarnya saudara Munawir Bin Hj Hassan yang sedang berlatih bermain keris macam gambar di atas. Bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya Melayu terus diperlekehkan di bumi yang bertuah ini. Masa depan anak-anak melayu kita yang semakin hari semakin kuat dicerobohi kaum pendatang, ini yang cukup Malanchai risau. Bukannya pasal wang ringgit atau project rasaksa.

"Hidung tak mancung ,pipi tersorong-sorong" tidak sepatutnya digunakan oleh kumpulan yang berdakwah. Tidakkah hidung dan pipi itu ciptaan tuhan. Samada mancung atau tidak, tersorong atau terbalik, harus diterima oleh golongan yang hendak menegakkan Islam. Adakah dakwah PAS hanya untuk yang comel-comel sahaja. Di sini menunjukkan ada yang hipokrit di kalangan mereka. Ada yang meracau, apabila kebenaran sudah mula menampakkan punggungnya. Bersyukurlah kerana Malanchai sudi membawa sedikt cahaya kebenaran ini kepada TKO walaupun selalu kena maki hamun .

Jika PR ambil alih kerajaan, Malanchai tidak perlu meraih simpati, tetapi Malanchai akan rasa simpati terhadap masa depan anak-anak Melayu kita. Kalau perlu keris diterbangkan, Malanchai sanggup mengerakkan beribu-ribu keris melayu supaya diterbangkan di seluruh negara. Biar kita catkan keris kita dengan warna merah!!!- Melayu Mesti Menang!

No comments:

Post a Comment