Saturday, January 17, 2009

BN tetap menang di hati..

Walaupun PAS menawan semula kerusi Parlimen Kuala Terengganu namun kemenangan calon parti itu serta kekalahan calon Barisan Nasional masih menunjukkan sokongan pengundi kepada PAS serta BN tidak banyak berubah.

Sungguhpun Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi, calon PAS itu hanya berjaya menarik pengundi baru seramai 949 orang.

Ini kerana jumlah undi diperolehi dalam pilihan raya kecil tersebut adalah 32,883 manakala Mohamad Sabu yang bertanding ketika pilihan raya umum Mac tahun lalu mendapat 31,934 undi.

Kekalahan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pula menunjukkan kegagalan parti itu mengekalkan 32,562 undi yang diperolehi allahyarham Datuk Razali Ismail pada Mac tahu lalu. Beliau mendapat mendapat 30,252 undi iaitu kurang 2,310 berbanding Razali.

Peratusan keluar mengundi kali ini turut menurun dengan 79.3 peratus atau kira-kira 63,993 pengundi daripada 80,229 orang layak mengundi berbanding 82.3 peratus atau kira-kira 66,112 pengundi daripada sejumlah 80,325 pengundi yang layak pada pilihan raya umum lalu.

Kemerosotan 3 peratus pengundi ini bermakna seramai 2,119 pengundi yang keluar mengundi Mac lalu tidak keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihanraya kecil ini.

Mengambilkira jumlah undi diperlolehi calon Bebas, Azharuddin Mamat@ Adam sebanyak 193 undi serta undi rosak direkodkan berjumlah 665 undi, kemungkinan bermakna ada diantara mereka yang mengundi Mak Cik Maimon Yusof tahun lalu mengalihkan undi mereka kepada Abdul Wahid.

Dalam pilhian raya umum Mac lalu, Maimon memperolehi 628 undi manakala undi rosak 931 undi.

Kelebiihan 949 undi diperolehi Abdul Wahid kemungkinan disumbang oleh mereka yang dulunya mengundi Maimon dan jumlah yang merosakkan undi masing-masing.

Secara tidak langsung, jumlah perbezaan undi calon Bebas dan undi rosak berbanding tahun lalu dan pilihan raya kecil ini adalah sebanyak 691 undi yang memihak kepada calon PAS.

Apa yang jelas, PAS seolah-olah mempunyai pengundi tetap yang menyokong parti itu setiap pilihan raya dan faktor menang atau tewas parti itu kepada calon BN boleh dikaitkan dengan kekurangan jumlah keluar mengundi selain undi dipecahkan calon Bebas serta direkodkan rosak.

PAS juga beroleh kemenangan disebabkan faktor pengundi lama yang sudah sebati dengan parti itu dan generasi muda yang enggan keluar mengundi turut memberi kelebihan kepada mereka.

BN juga dilihat mempunyai pengundi tetap yang tidak banyak berubah dan jika menang atau kalah, ianya adalah disebabkan faktor sama seperti di atas.

Punca Wan Ahmad Farid tewas boleh dikaitkan faktor di atas termasuk bilangan keluar mengundi yang merosot.

Sumber-sumber jentera BN yakin sekiranya peratusan keluar mengundi meningkat atau jumlahnya sama seperti pilihan raya umum lalu, Wan Ahmad Farid mempunyai peluang menang pada pilihan raya kecil ini walaupun majoritinya kecil.

Ada juga yang mengandaikan pertarungan kedua-dua parti itu lebih sengit serta seimbang dan nasib PAS mungkin berubah seandainya jika bukan Wan Ahmad Farid yang menjadi calon BN.

Selain faktor Wan Farid yang dinilai ‘ kurang mesra ‘ ramai kalangan pemerhati yang merasakan terdapat beberapa faktor seperti diatas yang ‘ menekan’ BN berbanding PAS dalam menghadapi pilihanraya kecil ini. – 17/1/2009

6 comments:

  1. Saya bersetuju dgn pendapat saudara...

    ReplyDelete
  2. nampak gayanya BN ni memang tak faham makna "clutching at straws".

    Dah kalah tu, terima ajelah kekalahan. Orang tak suka cara BN, cuba la selidik kenapa. Betulkan diri tu. Ini tidak, asyik nak menafikan realiti aje.

    Dah 50 tahun tuan-tuan perintah negara ni, ke mana kita? Lagi 5-10 tahun kita dah jadi net exporter of oil, mana lagi tuan-tuan nak mencari duit? Boleh ke nak keluarkan MYR7 bln lagi sebagai "stimulus package" walhasil kita belanja lebih banyak dari tu untuk mengimport minyak masa tu?

    Dah 50 tahun BN menyamun rakyat Malaysia untuk kekayaan Melayu "ultra-elite", boleh lagi tuan-tuan bersuara kononnya menegakkan hak orang Melayu? Sudahlah, sementara Encik Wan Farid sedap-sedap menghirup asap curut yang busuk itu, makcik-makcik kat Baling (tempat tinggal lama saya) dan kawasan-kawasan pedalaman lain tengah betungkus-lumus nak cari rezeki. Mungkin apa yang mereka dapat dalam sehari tu tak sampai kot nilainya dengan curut Encik Wan Farid tu.

    BN merakyatkan pembangunan? BN berjiwa rakyat? Maaf. Selagi mana saya tak nampak Najib Tun Razak naik LRT dengan orang-orang lain, berpeluh-peluh & bergasak-gasak setiap pagi dan petang untuk mencai rezeki, selagi tu takkan saya percaya mereka-mereka yang tuan-tuan puja ini.

    ReplyDelete
  3. DAH LA KALAH.. TAK SEDAR DIRI LAGI..
    PASTU CARI BERMACAM2 ALASAN KONONNYA MASALAH ITU LAH.. MASALAH INI LAH..
    TAK SEDAR LAGI ORG DAH TOLAK BN.. BUATLAH APA2 ALASAN PUN.. REKALAH BERMACAM2 CERITA.. ORG TETAP TOLAK PARTI YANG TAK SEDAR DIRI NI.. BOLEH BLAH LAH..

    ReplyDelete
  4. Kau ada pengundi pos bolehlah kerek bai..
    Cuba undang2 undi pos x dibenarkan.. ada brani ?
    Lepas nie kita perkenalkan undi internet plak..
    Mesti boleh cipta lebih banyak hantu2 di belakang tu....betul x..

    ReplyDelete
  5. seorang tipikal UMNO tak pernah mahasabah diri. tidak melihat kelemahan diri. sudah kalah masih berdolak dalih. sudah la munawir. kau gelarkan penyokong PAS sbg lembu2. tapi aku ada gelaran utk kau. BABI UMNO yang sondol apa saja.... Lembu lebih baik sebab dia sokong perjuangan islam. tapi babi biasa la sondol je....

    ReplyDelete
  6. setakat hari ini, tak ada sebab orang tak mahu berjuang bersama PAS. kalau pun ada kelemahan aspek teknikal pentadbiran, mana-mana pihak pun ada kelemahan. Yang penting usaha dan dasar untuk Islam. BN hanya bekerja ikut keperluan semasa, dan mencari titik persamaan dengan Islam, bukan mengatur dasar ke arah mendaulatkan Islam. Beza banyak antara mencari persamaan dgn Islam dgn Berjuang untuk Islam.

    ReplyDelete