Saturday, January 17, 2009

Tiada Pengundi Hantu

Kuala Terengganu 17 Jan — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini yang disifatkannya sebagai mencerminkan amalan demokrasi yang masih segar di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kemenangan calon Parti PAS, Wahid Endut pada pilihan raya itu membuktikan tiada manipulasi daripada segi perjalanan demokrasi di negara ini.
“Tak tempang dari segi amalan demokrasi di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu di sini hari ini.
ADUN wakaf mempelam itu menang dengan majoriti 2631 undi pada pilihan raya kecil itu.
Wahid memperoleh 32,883 undi, sementara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Faridh mendapat 30,252 undi dan calon Bebas 193 undi.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Wahid, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata BN menghormati keputusan rakyat memilih Wahid sebagai anggota Parlimen kawasan itu.
“Seperti mana yang kita telah nyatakan dari awal lagi, bahawa kita akan hadapi laluan sukar dalam pertandingan ini,” katanya.
Mengambilkira undi BN yang semakin menurun, Najib berkata BN akan mengkaji kelemahan perikatan itu dan memperbaikinya.
“Kita bersedia buat perubahan yang perlu supaya dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN,” katanya sambil menambah, walaupun PAS menang kerusi Parlimen itu, namun kedudukan anggota Parlimen pembangkang tidak akan bertambah kuat. Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tidak akan tergugugat. Kami akan terus bekerja untuk rakyat!!!

7 comments:

  1. PAS dah menang la munawir al juburi kaler biru...

    ReplyDelete
  2. haha.. BN kalah ... x lama la tu nak kena bungkus la semua mcm nasi lemak...

    ReplyDelete
  3. Itu hari bukan main lagi ngko ckp PAS akan kalah di Terengganu kali ni..skang ko telan balik la cakap ngko tu Pakcik Munawir.Tuhan tu Maha Kaya

    ReplyDelete
  4. mung mabuk air sejuk ke munawir.....kalu dok baik mung gi beli beer se jag.....biar btol2 mabuk

    ReplyDelete
  5. ni cth melayu extreme, dah kalah pun masih nak bongkak, dasar bodoh sombong.
    hancur 3x hancur umno

    hidup 3x hidup PAS

    takbir!!

    ReplyDelete
  6. kesian munawir ni, maklum lah org johor lama sgt bawah UMNO. sampai hati jd biru. tp munawir ni manusia ke kayu....

    ReplyDelete