Saturday, January 17, 2009

Nizar Boneka DAP yang biadap.

IPOH 17 Jan. – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini terus didesak meletakkan jawatan kerana memberi hak milik tanah kekal kepada penduduk kampung baru yang telah mengguris perasaan raja-raja Melayu dan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Pengasas Generasi Profesional dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Nonee Ashirin Mohd. Radzi berkata, Mohammad Nizar memang patut meletakkan jawatan dan meminta maaf kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana mentadbir negeri ini dengan membelakangkan kepentingan orang Melayu.

Katanya, tindak tanduk Menteri Besar Perak itu bukan sahaja menunjukkan beliau tidak berwibawa daripada segi perundangan malah tidak mempunyai kuasa eksekutif dan lebih layak disifatkan sebagai ‘boneka’ kerana sering mengikut telunjuk DAP.

‘‘Kalau Menteri Besar membuat sesuatu yang berfaedah untuk rakyat dan mendapatkan pandangan sultan yang arif daripada segi undang-undang terlebih dahulu, itu baru betul tetapi beliau abaikan semua itu.

‘‘Sungguh menyedihkan, semua tindakan yang dibuat adalah sandiwara politik dan sanggup menggadaikan kepentingan orang Melayu demi undi pada pilihan raya akan datang,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

1 comment:

  1. pandangan cukup dangkal dan beremosi. jelas Raja Nazrin kesal dengan kebodohan umno-bn yang membiarkan diri diperbodohkan dan mengikut telunjuk british.

    dasar kerakyatan jos soli yang ditentang pas, dan dipuja umno kini memakan diri.

    setelah negara merdeka lebih 50 tahun, dan cina yang diberi penempatan di kg baru sudah beranak pinak, bercucu cicit, apa lagi yang boleh dibuat, selain memberikan hak sama seperti peneroka lain di negeri perak.

    apakah melayu sahaja rakyat baginda tuanku ?? apakah india dan cina bukan rakyat baginda tuanku ?? jika india cina buka rakyat baginda tuanku, untuk apa diberi kerakyatan kepada mereka??

    sepatutnya UMNO perlu berjuang menarik balik kerakyatan india dan cina, seterusnya mendesak majlis raja-raja mengeluarkan kenyataan bahawa india dan cina bukan rakyat baginda tuanku.

    ReplyDelete